Friday, July 19, 2013

Luahan seorang isteri...

Posted by Lil' Sue at 7/19/2013 03:30:00 PM
Reactions: 
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
 
PS: This  poem was quoted from Dayana. A wife, cheated by her husband just to marry someone else.
I think I could understand her UTMOST feelings right now... alasan-alasan seperti jodoh dan ketentuan ALLAH di atas kekhilafan yang disengajakan...
 

Love, Live and Dream... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review